Hear this content
Increase font size
Decrease font size
Print this content

Pendaftaran Premis Penginapan Pelancongan

SIAPA BOLEH MEMOHON
Premis penginapan seperti hotel, rumah penginapan, rumah tumpangan, rumah rehat dan rumah pemalaman atau asrama yang menawarkan tempat penginapan pemalaman.

NAMA PREMIS
Nama yang digunakan oleh premis hendaklah sesuai dan melambangkan premis penginapan.

SIJIL PENDAFTARAN
Akan dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan setelah berpuashati dengan kesesuaian pemohon.

PERKARA-PERKARA UNTUK MENENTUKAN KESESUAIAN PEMOHON
Pesuruhjaya Pelancongan dalam menentukan kesesuaian pemohon boleh mengambilkira :
  • Jenis premis penginapan.
  • Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan atau ditawarkan.
  • Bilangan dan pengalaman kakitangan hendaklah bersesuaian denga saiz dan perkhidmatan yang ditawarkan.
  • Keahlian dalam Persatuan Hotel yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
  • Aspek-aspek keselamatan bangunan.
FI PROSES
Fi proses sebanyak RM 20.00 hendaklah dikemukakan semasa memohon.

Hits Last Updated Share This Content
14387 10 January 2011