Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak kandungan ini

Kursus Meningkatkan Pengurusan Cekap Hotel Bajet

Apakah kursus Peningkatan Kecekapan Hotel Bajet?
Kursus Kecekapan Hotel Bajet yang diadakan selama 3 hari adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pekerja barisan hadapan (frontliners) di premis penginapan sederhana untuk meningkatkan kualiti kemudahan dan perkhidmatan. Peserta akan didedahkan kepada latar belakang dan program pemasaran industri pelancongan, aspek kebersihan, undang-undang, layanan, keselamatan dan sebagainya.

Siapa perlu hadir?
Semua pekerja barisan hadapan ( frontliners) di hotel bajet seperti perkhidmatan kaunter, penyambut tetamu, pelayan restoran, unit keselamatan dan sebagainya.

Kursus Pengurusan Hotel Budget
Kursus Pengurusan Hotel Bajett adalah kursus 3 hari yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing, kepimpinan dan pengetahuan pengusaha hotel bajet bagi meningkatkan kualiti pengurusan, strategi pemasaran serta daya saing dalam industri premis penginapan kelas sederhana. Kaedah latihan adalah menggunakan Sistem Pengurusan Hotel Bajet yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Siapa perlu hadir?
Pengusaha, pemilik dan pengurus hotel bajet.

Bagaimanakan saya boleh menyertai kursus-kursus ini?
Kursus-kursus ini terbuka kepada ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia dengan kadar yang minimum. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada :

Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA)
No. 22C, Tingkat 3,
Jalan Mamanda 4, Ampang Point,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Tel : +603-4252 8313
Fax : +603-4254 0313
E-Mel : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

Hit Terakhir Dikemaskini Kongsikan Kandungan Ini
12689 10 Januari 2011