Unit Audit Dalam

Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak kandungan ini

FUNGSI
  • Membantu pengurusan atasan memastikan operasi kewangan diurus dengan teratur dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang diwajibkan.
  • Membantu pengurusan atasan memastikan semua rekod kewangan, maklumat pengurusan dan sistem kawalan dalaman adalah sempurna, tepat dan memuaskan.
  • Mengkaji dan menilai secara sistematik operasi Kementerian bagi memastikan kecekapan dan keberkesanannya.
  • Menyediakan laporan bebas, objektif dan jelas kepada Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan dengan operasi dan sistem kawalan dalaman di Kementerian.
  • Mengemukakan syor bagi memperbaiki pengurusan kewangan, stor dan sumber lain serta sistem kawalan dalaman bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya.
  • Mengemukakan maklumat kepada Bahagian Sistem Pengurusan Kewangan Perbendaharaan Malaysia apabila diperlukan.

PIAGAM PELANGGAN
  • Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan kepada piawaian pengauditan antarabangsa.
  • Mengeluarkan laporan audit dan pemerhatian audit yang bebas, objektif dan tepat dalam tempoh satu bulan dari tarikh pengauditan selesai dibuat.
  • Menyediakan rancangan audit selewat-lewatnya pada 31 januari dan laporan tahunan audit pada 31 mac tahun berikutnya.
  • Memantau pelaksanan syor/teguran dalam tempoh satu bulan dari tarikh laporan auditan dikeluarkan.

Hit
Terakhir Dikemaskini
Kongsikan Kandungan Ini
9568 10 Januari 2011