Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak kandungan ini

Bahagian Prasarana Pelancongan

FUNGSI
  • Merancang, melaksana dan mengesan prestasi fizikal dan kewangan projek / produk pelancongan di bawah Kementerian dan projek yang dibiayai oleh Kementerian yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pelaksana di peringkat negeri.
  • Menguruskan / mengendalikan pelaksanaan projek Kementerian serta memberi nasihat sokongan teknikal yang menyeluruh terhadap pelaksanaan projek jabatan dan agensi di bawah Kementerian dan projek lain yang dibiayai oleh Kementerian di peringkat negeri.

PIAGAM PELANGGAN
  • Melaksanakan produk-produk pelancongan yang benar-benar berdaya maju dan akan menjadi tarikan pelancong selaras dengan Dasar Pelancongan Negara dan garis panduan penyediaan projek oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
  • Membelanjakan peruntukan pembangunan produk-produk pelancongan yang disediakan secara optimum berdasarkan perancangan yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan dan mengunapakai semua peraturan-peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi pusat dalam melaksanakan program dan pembangunan produk pelancongan seperti Tatacara Perolehan.
  • Memberi khidmat nasihat dan penerangan secara berterusan mengenai perancangan dan pembangunan produk dan insfrastruktur pelancongan kepada Agensi Pelaksana / Penyelaras di peringkat Kementerian / Agensi.
  • Menyediakan laporan komprehensif yang tepat dan terkini mengenai keduduakn projek-projek pelancongan setiap minggu untuk kegunaan dalaman Kementerian dan unit penyelaras dan pelaksana, Jabatan Perdana Menteri.
  • Mengadakan Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Projek dengan Negeri / Agensi Pelaksana sekurang-kurangnya empat kali setahun.

Hit Terakhir Dikemaskini Kongsikan Kandungan Ini
10417 28 Mac 2012