Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak kandungan ini

Bahagian Pentadbiran & Kewangan

FUNGSI
  • Menyelaraskan semua urusan berkaitan pertanyaan dan jawapan Dewan Rakyat/ Dewan Negara serta pembentangan Rang undang-undang.
  • Menyelaraskan semua urusan berkaitan Kertas Jemaah Menteri dan pemantauan maklum balas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri.
  • Menguruskan pentadbiran Am kementerian seperti menguruskan tempahan kenderaan, bilik mesyuarat dan urusan penyewaan ruang pejabat kementerian dan pejabat-pejabat negeri/ wilayah.
  • Menyelaras semua program peningkatan kualiti dan produktiviti kementerian.
  • Mengawal perbelanjaan mengurus dan pembangunan Kementerian.
  • Menyediakan dan menyelia akaun-akaun amanah di bawah Kementerian, Sistem Akuan Cawangan (BAS) dan Sistem Akaun Pusat (CAS).
  • Menguruskan semua perolehan melalui tender/ sebut harga bagi kementerian.
  • Melaksanakan urusan verifikasi stok di semua bahagian dan pejabat negeri/wilayah.

PIAGAM PELANGGAN
  • Memberikan jawapan kepada permohonan penggunaan kenderaan dan bilik mesyuarat yang bersesuaian dalam tempoh satu hari dari tarikh tempahan dibuat.
  • Menyelia dan mengedarkan minit mesyuarat utama kementerian dalam tempoh tiga hari dari tarikh mesyuarat diadakan.
  • Mengedarkan salinan pertanyaan parlimen dalam tempoh dua hari dari tarikh pertanyaan diterima.
  • Mengedarkan memorandum mesyuarat jemaah menteri kementerian lain kepada bahagian/ agensi yang menyediakan ulasan dalam tempoh tiga hari tarikh memorandum diterima.
  • Mengeluarkan baucar bayaran dalam tempoh sepuluh hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Menyelesaikan permohonan pendahuluan diri/ pelbagai dalam tempoh empat belas hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Mengeluarkan waran udara/ kereta api/ bas dalam tempoh lima hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Mengeluarkan waran peruntukan dan menyelesaikan permohonan pindah peruntukan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

Hit Terakhir Dikemaskini Kongsikan Kandungan Ini
11880 14 April 2011