Bahagian Pelesenan Pelancongan
FUNGSI
PIAGAM PELANGGAN
- Mengkaji dan menggubal dasar-dasar pelesenan berkaitan perusahaan pelancongan.
- Mendaftar dan melesenkan perusahaan pelancongan (Pengendalian Perniagaan/agensi pengembaraan dan Institusi Latihan Pelancongan).
- Mendaftar dan melesenkan pemandu pelancong.
- Mendaftar dan melesenkan kenderaan pelancongan (bas persiaran dan kereta sewa pandu).
- Mendaftar dan mengklasifikasikan premis penginapan pelancong.
- Menjalankan urusan pendakwaan yang sewajarnya bagi kes-kes pelanggaran AIP 1992 dan APKP 1999 serta peraturan-peraturan di bawahnya oleh perusahaan pelancongan atau individu.
- Menggubal dan mengemaskinikan perundangan yang berkaitan dengan industri pelancongan dari semasa ke masa.
- Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang industri pelancongan dan peraturan-peraturan dibawahnya.
- Memproses permohonan kemasukan pegawai dagang dalam perusahaan pelancongan.
- Memproses permohonan penubuhan pejabat perwakilan pelancongan asing yang beroperasi di Malaysia.
- Menjalankan tugas sebagai pemudah cara antara agensi kerajaan, swasta dengan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan pelancongan.
- Memberi khidmat nasihat dan galakan kepada individu atau organisasi yang menceburi perusahaan pelancongan.
- Mengkaji semula sistem dan prosedur pelesenan bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
PIAGAM PELANGGAN
- Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen kepada syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan (TOB/TAB) dalam masa 20 hari bekerja.
- Menentukan proses kelulusan pembaharuan lesen kepada syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan (TOB/TAB) dalam tempoh lima(5) hari bekerja.
- Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen bas persiaran dan kereta sewa dalam tempoh 20 hari bekerja.
- Menentukan proses kelulusan pembaharuan lesen bas persiaran dan kereta sewa dalam tempoh tiga(3) hari bekerja.
- Menentukan proses pendaftaran premis penginapan pelancong dalam tempoh tiga(3) hari bekerja.
- Menentukan proses pengklasifikasian premis penginapan pelancong dalam masa 20 hari bekerja.
- Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen Institusi Latihan Pelancongan dalam tempoh 20 hari bekerja.
- Menentukan proses pembaharuan lesen Institusi Latihan Pelancongan dalam tempoh dua(2) hari bekerja.
- Menentukan proses pengeluaran permit mengajar bagi Institusi Latihan Pelancongan dalam tempoh tiga(3) hari bekerja.
- Menentukan proses kelulusan dan pengeluaran lesen pemandu pelancong dalam tempoh lima(5) hari bekerja.
- Menentukan proses pembaharuan lesen pemandu pelancong dalam tempoh dua(2) hari bekerja.
- Menentukan proses dan kelulusan pengecualian menggunakan pemandu pelancong dalam tempohtiga(3) hari bekerja.








