Lesen Pemandu Pelancong

Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak kandungan ini

UNTUK MEMOHON
Pemohon mestilah orang perseorangan dan telah memenuhi semua syarat berikut :
  • Kelayakan - Telah menjalani kursus atau kursus-kursus latihan dan lulus ujian-ujian kecekapan yang diadakan oleh Persuruhjaya Pelancongan atau mana-mana badan yang diberikan kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya Pelancongan untuk mengadakan kursus, latihan dan ujian-ujian kecekapan untuk pemandu-pemandu pelancong.
  • Umur - Telah mencapai lapan belas (18) tahun pada tarikh pemohonan di buat.
  • Kesihatan - Sihat dari segi fizikal dan mental dan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
  • Kelakuan - Tidak mempunyai rekod jenayah dan berkebolehan serta kompeten untuk bertindak sebagai pemandu pelancong.

BILA BOLEH MEMOHON
  • Tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas lulus Kursus Asas Pemandu Pelancong.

BORANG PERMOHONAN
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan satu (1) salinan Borang 1 (Peraturan 3).
  • Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar terus ke Pejabat-pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.
  • Muat turun Borang Permohonan

TEMPOH LESEN
  • Satu (1) tahun dari tarikh kelulusan lesen.

DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA BORANG PERMOHONAN


Gambar
  • Satu (1) keping gambar warna terbaru berukuran pasport.
Salinan Kad Pengenalan
  • Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon.
Resit keahlian Persatuan Pemandu Pelancong Negeri
  • Satu (1) salinan resit bayaran keahlian Persatuan Pemandu Pelancong Negeri yang berkenaan
Surat Akuan Doktor
  • Satu (1) salinan surat akuan kesihatan terperinci daripada mana-mana hospital Kerajaan/pengamal perubatan berlesen.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN LESEN PEMANDU PELANCONG

Sijil Kursus Asas Pemandu Pelancong
  • Satu (1) salinan surat pemberitahuan daripada Kementerian Pelancongan bahawa permohon telah menjalani dan lulus Kursus Asas Pemandu Pelancong atau
  • Satu (1) salinan Sijil Kursus Asas Pemandu Pelancong.
Sijil Kemahiran Malaysia
  • Satu (1) salinan Sijil Kemahiran Malaysia
Sijil Kelayakan Akademik
  • Satu (1) salinan sijil-sijil akademik yang disahkan (Contohnya: Ijazah, Diploma, STPM, SPM atau setaraf dengannya)
Sijil Mesra Malaysia
  • Satu (1) salinan Sijil Mesra Malaysia (wajib)
Surat Tawaran Berkerja
  • Satu (1) salinan surat tawaran dari majikan Syarikat Pengendalian Pelancong (jika ada)

DOKUMEN TAMBAHAN BAGI PEMOHON LESEN PEMANDU PELANCONG

Sijil Kursus Alam Semulajadi Setempat
  • Satu (1) salinan surat pemberitahuan bahawa pemohon telah menjalani dan lulus Kursus Alam Semulajadi Setempat ATAU
  • Satu (1) salinan Sijil Kursus Alam Semulajadi Setempat
Sijil EcoHost
  • Satu (1) salinan Sijil Kursus EcoHost (jika ada)
Sijil Kelayakan Akademik/Kemahiran
  • Satu (1) salinan sijil kelayakan akademik/kemahiran yang diakui sah (jika ada)
Catatan: 2 salinan dokumen perlu dikemukakan sekiranya permohonan dihantar ke Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri.

FI PEMPROSESAN
  • Fi pemprosesan sebanyak RM 10.00 hendaklah dikemukakan semasa permohonan.

FI PELESENAN (SETAHUN)
  • Fee Pelesenan sebanyak RM 50.00.

CARA BAYARAN
  • Semua bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/wang kiriman/cashier's order di atas nama Pesuruhjaya Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia.
  • Nama syarikat dan nombor rujukan fail Kementerian (jika ada) hendaklah ditulis dengan terang di belakang draf bank/wang kiriman/wang pos berkenaan.

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN
  • Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur - Permohonan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Permohonan dari negeri boleh dihantar mengikut Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri masing - masing.

PERHATIAN
  • Permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat asas tidak akan diberi pertimbangan.
  • Kementerian Pelancongan Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap perbelanjaan dan urusan surat menyurat pihak pemohon.
  • Tindakan tegas akan diambil terhadap permohon yang mengemukakan sebarang kenyataan palsu.

Hit
Terakhir Dikemaskini
Kongsikan Kandungan Ini
30491 13 Januari 2011